| Tarikh | : 14 Mac 2026 (Sabtu) |
| Masa | : 8.00 pagi – 3.00 petang |
| Lokasi | : NADI Felda Linggiu |
| Tujuan | |
| Pada 14 Mac 2026, NADI Felda Linggiu telah menganjurkan Program Bazar Raya NADI 2026 yang mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti setempat. Program ini dianjurkan bagi memeriahkan suasana menjelang Hari Raya Aidilfitri di samping menggalakkan penglibatan komuniti dalam aktiviti keusahawanan dan pembelajaran digital. | |
| Aktiviti | |
| Antara aktiviti yang dijalankan: 1. Live Webinar: Berniaga dan Berjaya 2. Live Webinar: Jenama Kuat, Pelanggan Melekat 3. Webinar Online: Pelan Perniagaan Mini 2 4. English Proficiency Lesson 26 5. Guidance Tuition Live Class Tingkatan 5 (Sejarah & Matematik) 6. Webinar Berkala Matematik Edisi 5 7. Modul 8 – Jejak Digital & Risiko Media Sosial 8. Mahir Short Learning Series – Bawaku Kesini Musim Ke-2: Tayangan & Bicara Karya Booth komuniti: 1. Booth jualan anak pokok cili dan pokok daun sup oleh peserta Mahir Pertanian 2. Booth baiki dan repair gajet oleh peserta Mahir Baiki Gajet 3. Booth alter baju oleh peserta Mahir Jahit 4. Booth photoshoot raya oleh peserta Mahir Foto 5. Booth jualan pelbagai kerepek raya, minuman, biskut raya dan sampul raya oleh usahawan Felda Linggiu 6. Turut disediakan kaunter Zakat Fitrah bagi memudahkan urusan komuniti setempat. | |