mcmc
Jadual Aktiviti

E-Newsletter NADI-Nurture DILEA Digital Learning Edisi 07

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa E-Newsletter NADI-Nurture DILEA Digital Learning Edisi 07, yang membawa anda mengimbas kembali sorotan program sepanjang bulan Ogos 2025, kini sedia untuk diakses.

Edisi kali ini, merangkumkan pelbagai kisah dan pencapaian bermakna yang telah kami laksanakan. Setiap halaman adalah cerminan komitmen kami dalam memupuk aspirasi Pembelajaran Sepanjang Hayat dan berkongsi perkembangan terkini dalam ekosistem pembelajaran DILEA Digital Learning.

Kami menjemput anda untuk meneroka kandungan menarik ini bagi mendapatkan gambaran penuh usaha kolektif yang telah dicapai.

Untuk mengakses E-Newsletter Edisi 07:

  1. Log masuk ke akaun LMS DILEA anda.
  2. Pop-up E-Newsletter akan muncul di skrin utama.
  3. Sila tandakan kotak dan klik butang Accept sebagai pengesahan pembacaan anda.

Terima kasih atas perhatian dan sokongan berterusan anda. Boleh WhatsApp (+6010-5483831) jika berminat dengan mana-mana program di NADI.