USAHAWAN BISNES KRAFTANGAN
Nama | : Mohd Nazri Bin Md Rosman |
Umur | : 41 tahun |
Ahli | : 2023 |
Latar belakang
Encik Nazri merupakan anak kelahiran Felda yang mempunyai perniagaan kedai kraftangan di Felda Ulu Pengeli.Beliau telah mula berniaga pada tahun 2016.Beliau seorang yang sangat rajin mencari peluang perniagaan dan rajin menimba ilmu. Beliau juga mahir dalam membuat promosi tentang jualannya di dalam media sosial yang dimilikinya
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menghadiri kelas usahawan di NADI, perniagaan beliau menghadapi cabaran seperti kekurangan pengetahuan dalam pemasaran terutama dalam kepenggunaan sosial media bagi meraih pelanggan dari luar. Pemilik perniagaan ini hadir ke NADI Felda Linggiu sekitar Disember 2023, menyatakan hasrat untuk belajar teknik pemasaran digital bagi menjangkau pelanggan baru di seluruh Malaysia.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menghadiri kelas usahawan di NADI, perubahan ketara yang dapat dilihat adalah peningkatan tempahan yang diterima begitu meluas dan mencanak-canak naik.